Music & Music Education Department

Performing Arts Department

E-Galleries 2016

SERVICES

Berikut adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.

PENGURUSAN HAL EHWAL AKADEMIK (TIMBALAN DEKAN AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN PELAJAR)

1. Merancang, mengurus pembangunan akademik fakulti.
2. Merancang dan memantau prestasi akademik pelajar fakulti.
3. Memantau pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan jadual waktu.
4. Mengendalikan penilaian kursus.
5. Meneliti permohonan dan pelantikan tenaga pengajar sambilan.
6. Merancang program-program antarabangsa dan partnership dengan industri di fakulti.
7. Memberi kelulusan dalam permohonan pertukaran minor, permohonan minor, penawaran kursus dan gugur tambah kursus.
8. Pengurusan pelajar Diploma seperti pengurusan kemasukan dan pengurusan peperiksaan.

PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENGAJIAN SISWAZAH (TIMBALAN DEKAN PENYELIDIKAN DAN PENGAJIAN SISWAZAH)

1. Mengurus penyelidikan geran penyelidikan, permohonan pembantu penyelidik, laporan kemajuan, tuntutan penyelidikan, pindaan penyelidikan, pembantu penyelidik dan laporan akhir.
2. Pengurusan penerbitan seperti permohonan penerbitan.
3. Pengurusan permohonan persidangan dan laporan akhir persidangan.
4. Pengurusan pelajar Pasca Siswazah Pendaftaran dan Rekod seperti pendaftaran kemasukan, penawaran kursus pendaftaran, gugur tambah, penangguhan pengajian, peperiksaan dan pengurusan disertasi.
5. Wakil pengurusan MS ISO 9001:2008.

UNIT PENTADBIRAN

1. Mengurus bengkel anjuran fakulti.
2. Mengurus prospektus, brosur dan laporan tahunan fakulti.
3. Mengurus maklumat dan fail kakitangan.
4. Mengurus pekeliling-pekeliling am Universiti/Fakulti.
5. Mengurus cuti kakitangan.
6. Mengurus laporan penilaian prestasi dan sasaran kerja tahunan.
7. Mengurus penggunaan bangunan/bilik-bilik fakulti.
8. Mengurus permohonan tugas rasmi di luar ibu pejabat.

UNIT TEKNIKAL DAN PRODUKSI

1. Merancang dan melaksanakan prasarana persembahan berkualiti dalam bidang muzik, tari dan teater.
2. Meningkatkan kuantiti persembahan pentas yang cemerlang.
3. Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan bagi merealisasikan hasrat Universiti menjana pendapatan sendiri.
4. Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.

UNIT PEMUZIK

1. Membantu melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan menjadi juru tunjuk di dalam kuliah atau tutorial.
2. Menjadi pemuzik bagi mengiringi persembahan rasmi universiti sama ada di dalam atau luar universiti dan jemputan pihak luar.
3. Membantu pengurusan fakulti dan unit pemuzik menjalankan aktiviti tahunan.

E-Application


Link