Music & Music Education Department

Performing Arts Department

Galleries

2nd MusPA RESEARCH COLLOQUIUM

CALL FOR PAPERS

The Faculty of Music and Performing Arts, Universiti Pendidikan Sultan Idris would like to invite lecturers and postgraduates students of the faculty to present papers in the research areas of music, dance and theatre in the 2nd Music and Performing Arts Research Colloquium (MusPA) 2013. This colloquium is an annual academic activity organized by the faculty and provides a platform for faculty lecturers and students to present research work and share new knowledge and innovations in the fields of music, theatre and dance.

Date: 9 November 2013
Time: 8.30 a.m to 5.00 p.m
Venue: Choir Room & Orchestra Room, The Music Complex
          Faculty of Music and Performing Arts
          Universiti Pendidikan Sultan Idris

BACKGROUND

The 2013 Music and the Performing Art Research Colloquium (MusPA2013) is an annual colloquium, organized for the second time. In line with the vision of Universiti Pendidikan Sultan Idris to strengthen the area of research, publication and commercialization of the university, academic staffs are engaged in conducting research funded by grants from various sources such as the University Research Grant (GPU) and grants from the Ministry of Higher Education suc as Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) and Prototype Research Grant Scheme (PRGS) from 2011 until now.

This colloquium will provide a space for academic staff and postgraduates students to share and communicate ideas, paradigsm, results and outcomes of research that has been completed or is still under progress. It will enable the development of local traditional, modern and contemporary forms of music, theatre and dance locally to be shared, communicated and presented.

The proceedings of the 2nd Research Colloquium (MusPA) 2013 will be published both in print and as an online proceeding on the website of the faculty. This will contribute to scholary discourse on music, theatre and dance in Malaysia.
_________________________________________________________________________________________

UNDANGAN UNTUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (CALL FOR PAPER)

Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin menjemput pensyarah dan siswazah pasca fakulti dalam Kolokium Penyelidikan Muzik dan Seni Persembahan Kali Kedua (MusPA) 2013. Kolokium ini merupakan aktiviti akademik tahunan anjuran Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam menyediakan platform kepada para pensyarah dan para pelajar fakulti untuk membentangkan kerja-kerja penyelidikan dan berkongsi pengetahuan baru, kreatif dan inovatif dalam bidang kajian muzik, teater dan tari dalam kondisi tradisi, moden berserta kontemporari.

Tarikh: 9 November 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Koir & Bilik Orkestra, Kompleks Muzik
            Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
            Universiti Pendidikan Sultan Idris

LATARBELAKANG PROGRAM

Program Kolokium Penyelidikan Muzik dan Seni Persembahan ke 2 (dua) adalah lanjutan daripada program kolokium penyelidikan dalam bidang muzik dan seni persembahan pertama yang telah dilangsung buat kali pertama pada 6 Oktober 2012 yang lalu. Seiring dengan visi Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengukuhkan bidang penyelidikan, penerbitan dan pengkormersialan, para staf akademik fakulti telahpun melibatkan diri untuk menjalankan dan menghasilkan penyelidikan menerusi pembiayaan dari pelbagai sumber geran penyelidikan meliputi Geran Penyelidikan Universiti (GPU), FRGS, ERGS, PRGS beserta sumber dari pelbagai pembiayaan geran penyelidikan yang telah diluluskan dari tahun 2012 sehingga kini. Menerusi kolokium ini, para staf akademik dan siswazah fakulti akan terus berkongsi, mengkomunikasi dan membentangkan idea, keputusan dan hasil daripada penyelidikan yang sedang maju mahupun berstatus telah tamat.

Prosiding kolokium penyelidikan MusPA 2013 kali ke 2 (dua) akan menyumbang kepada bentuk penerbitan wacana ilmiah mengenai penyelidikan muzik, teater dan tari di Malaysia. Ia akan diterbitkan sebagai prosiding online di laman web fakulti beserta format penjilidan kertas kerja yang akan diterbitkan oleh fakulti. Acara Kolokium MusPA 2013 bakal menyediakan ruang kepada para staf akademik dan pelajar peringkat pasca mengkomunikasikan idea, paradigma dan penyelidikan dalam meningkatkan pengetahuan fakulti terhadap fenomena muzik, teater dan tari dalam kondisi tradisi, moden dan kontemporari mahupun antarabangsa beserta memupuk budaya penyelidikan di fakulti ini.

           

E-Application


Link