Fakulti Muzik dan
Seni Persembahan
Selaras dengan visi kami untuk memupuk minda kreatif melalui muzik, tarian dan teater dengan menggabungkan ekspresi artistik, teknologi dan budaya bagi mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia sebenar. Pendekatan ini meletakkan fakulti sebagai hab yang dinamik dalam inovasi industri muzik, seni persembahan dan pendidikan.
Ilham. Cipta. Persembah.
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdiri sebagai mercu tanda pendidikan berkualiti di Malaysia, menawarkan program inovatif dalam bidang muzik, teater dan tarian. Terletak di Perak, UPSI diiktiraf sebagai salah satu universiti awam terkemuka di Malaysia yang komited terhadap kecemerlangan akademik dan pemerkayaan budaya.
Sebagai sebuah universiti terkemuka di Malaysia, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan yang ditubuhkan sebagai fakulti bebas pada tahun 2010 telah membina portfolio kukuh program pengajian yang merangkumi peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah. Program-program ini mencerminkan warisan seni persembahan Malaysia serta tradisi global. Para pelajar mendapat manfaat daripada tenaga pengajar berpengalaman, kemudahan moden, serta kurikulum yang menggabungkan teori dan amali, sekali gus melengkapkan mereka untuk pelbagai kerjaya dalam industri kreatif.
Di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, kami berdedikasi untuk memupuk bakat, menginspirasikan kreativiti, dan memperkembangkan ilmu. Dengan komitmen terhadap inovasi, keterangkuman, dan relevansi budaya, kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang transformatif yang menempatkan kami sebagai peneraju dalam bidang seni persembahan di Malaysia.
MAKLUMAT TERKINI
PENCAPAIAN FAKULTI
ANUGERAH PENGANTARABANGSAAN
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah melakar kejayaan apabila dianugerahkan Anugerah Pengantarabangsaan pada (AKIRA) 2025. Pengiktirafan ini diberikan atas usaha fakulti dalam memperkukuh jalinan kerjasama antarabangsa melalui program pertukaran pelajar, kolaborasi penyelidikan, dan penganjuran persembahan seni di peringkat global.
KEBOLAHPASARAN GRADUAN
GE FMSP UPSI 94.8% dan GM UPSI 97% pada 2024
Kadar Bekerja Graduan (Graduate Employability – GE): hanya meliputi graduan yang telah bekerja; Kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability – GM): menunjukkan kebolehpasaran graduan secara menyeluruh, termasuk yang bekerja, melanjutkan pengajian, mengikuti latihan kemahiran, atau menunggu penempatan pekerjaan.
Mengapa Belajar di Sini?
Pembelajaran Diterajui Pakar
Belajar bersama komposer, penggiat seni, pengarah dan penyelidik ternama yang membawa pengalaman dunia sebenar ke dalam bilik kuliah dan studio.
Pendedahan Global
Mengambil bahagian dalam pertukaran, residensi dan kelas induk dengan artis dan institusi antarabangsa melalui rangkaian global UPSI.
Persekitaran Kreatif Kolaboratif
Sertai komuniti dinamik yang terdiri daripada artis dan cendekiawan dalam projek merentas disiplin yang mencerminkan kerjasama seni persembahan dunia sebenar.
Hab Warisan Budaya
Terokai warisan seni persembahan unik Malaysia bersama tradisi global, bagi melahirkan graduan yang seimbang serta peka terhadap budaya.


