SYARAT KEMASUKAN
SYARAT KEMASUKAN SARJANA
SYARAT AM
Ijazah sarjana muda dengan kepujian dan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh fakulti, daripada universiti Pendidikan Sultan Idris atau ijazah yang setara dari mana-mana institusi pengajian tinggi; ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat, diperoleh melalui akreditasi pembelajaran pengalaman terdahulu (APEL) tertakluk kepada bidang yang disenaraikan; ATAU
Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat;DAN
Memenuhi syarat kemasukan khusus yang dikenakan oleh fakulti berkenaan.
Calon antarabangsa dikehendaki mendapat markah 550 untuk TOEFL atau Band 6.0 untuk IELTS kecuali calon yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bidang pengajian atau bidang pengajian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Calon dari negara serumpun yang mengemukakan cadangan penyelidikan dalam bahasa Inggeris mesti memberikan bukti kelayakan IELTS atau TOEFL yang ditetapkan semasa mengemukakan permohonan mereka untuk kemasukan ke UPSI. [Senat ke-136 No. 11/2015]
Sekiranya sepanjang tempoh pengajian, tesis ditulis dalam bahasa Inggeris, calon dari negara serumpun mesti mengemukakan permohonan kepada Institut Pengajian Siswazah melalui fakulti sebelum dibawa ke mesyuarat Senat untuk kelulusan. [Senat ke-136 No. 11/2015]
Struktur program:
– Penyelidikan
– Kerja kursus dan Disertasi
– Kerja kursus dan Kerja Projek
Keperluan Penguasaan Bahasa Inggeris untuk Calon Antarabangsa
Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi satu (1) daripada keperluan penguasaan Bahasa Inggeris berikut:
Skor tidak kurang daripada 550 dalam Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TOEFL) atau;
Skor jalur keseluruhan minimum 6.0 dalam Sistem Ujian Bahasa Inggeris antarabangsa (IELTS)