SYARAT KEMASUKAN

SYARAT KEMASUKAN PhD

SYARAT AM

Ijazah sarjana dari Universiti Pendidikan Sultan Idris atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;ATAU

Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat;DAN

Pemenuhan syarat kemasukan khusus yang dikenakan oleh fakulti berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Calon pelajar antarabangsa dikehendaki lulus TOEFL 550 atau IELTS 6.0 kecuali calon yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bidang pengajian atau bidang pengajian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Calon dari negara serumpun yang mengemukakan cadangan penyelidikan dalam bahasa Inggeris mesti memberikan bukti kelayakan IELTS atau TOEFL yang ditetapkan semasa mengemukakan permohonan mereka untuk kemasukan ke UPSI. [Senat ke-136 No. 11/2015]

Jika sepanjang tempoh pengajian tesis ditulis dalam bahasa Inggeris, pelajar dari negara serumpun mesti mengemukakan permohonan kepada Institut Pengajian Siswazah melalui fakulti sebelum dibawa ke mesyuarat Senat untuk kelulusan. [Senat ke-136 No. 11/2015]

Keperluan Penguasaan Bahasa Inggeris untuk Calon Antarabangsa

Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi satu (1) daripada keperluan penguasaan Bahasa Inggeris berikut:

Skor tidak kurang daripada 550 dalam Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TOEFL) atau;

Skor jalur keseluruhan minimum 6.0 dalam Sistem Ujian Bahasa Inggeris antarabangsa (IELTS)